I'm a mother of Muhammad Dani Ismad & Aqeela Izzdamia and a wife of Nuriasmadi Md Arshad... I'm dedicated my entire life for my love and my career

Saturday, December 11, 2010

Mampukah aku?

Salam,

Tertanya-tanya sendiri... Bersediakah aku? Bersedia kah aku menempuhi pengalaman itu sekali lagi... Bersediakah aku menerima kehadirannya... Bersediakah aku memikul tanggungjawab yg maha hebat itu? Bermacam-macam bende terlintas dipikiran... Berdosakah aku menidakkan ketentuanNya. Tidak! Aku bukan menolak anugerahNya ini malah sebenarnya aku amat bersyukur diberikan segala rahmatNya. Namun, jauh di sudut hati, aku teragak2 untuk menerima semua ini hanya kerana ketidaksediaan diriku. Memikirkan kekhilafan diri serta tanggungjawab yg sedia terpikul dibahu, ditambah pula cabaran kerjaya yg menuntut banyak pengorbanan membuatkan aku terkesima... Ya Allah... Mampukah aku?

Namun, aku percaya pada takdirNya. Segala yg terjadi pasti ada hikmahnya. Akan ku jaga anugerah ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Akan ku berikan yang terbaik dalam hidupnya. Segalanya akan ku terima dengan seikhlas hati.

Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur atas segala rahmat yg kau kurniakan kepada kami. Tabahkanlah hatiku dlm menempuhi segalanya.. Amin..

3 comments: