I'm a mother of Muhammad Dani Ismad & Aqeela Izzdamia and a wife of Nuriasmadi Md Arshad... I'm dedicated my entire life for my love and my career

Sunday, February 24, 2013

Berani 2013..

File booklet & Calendar 2013 dari Dr. Azizan Osman, Richworks group of companies.

 Borang pendaftaran IMKK 2013     

Alhamdulillah, keputusan menghadirkan diri ke Seminar Berani 2013 pada 26/1/2013 di Bangunan Wisma MCA, Jln Ampang, KL telah memberikan saya pengertian yang amat besar. Walaupun keputusan dibuat di saat akhir, tapi mmg sangat2 berbaloi.. Lepas seminar, terus jer daftar untuk Program lanjutan Intensif Mentor kekayaan & Kejayaan. Tapi agak ralat sikit sebab Mr. Hubby x dapat join untuk kelas2 ni. Tu la.. Klu dua2 pergi, siapa nak jaga anak kan.. So, Mr.Hubby suruh saya pegi dulu program intensif tu. 

IMKK,
Dah lebih setahun saya dengar pasal program ni dari seorang sahabat. Dari perkongsian sahabat saya tu, saya dapat rasakan bahawa program tu best!! Tambahan pula masa hadir kelas lanjutan Advance Marketing Power, July 2012, DAO asyik jer sebut2 pasal "ALPHA", "TRIGGER", dan mcm2 lagi yang 'sound good' pasal IMKK ni. Tapi last year mcm frust skit la, sbb diorg ckp IMKK 2012 adalah yang terakhir. Tu yang kali ni bila tahu jer Seminar Berani 2013 ada kaitan dengan IMKK 2013, terus je nak attend. Dan alhamdulillah, dipermudahkan jalan untuk saya menghadirkan diri ke kelas lanjutan IMKK di Setia City Convention Centre pada 1/2/2013 - 4/2/2013. Walaupun keseorangan, namun saya percaya, saya mampu berkawan dan bina network pada hari itu. Tanpa rasa gentar, tanpa rasa ragu2..tu baru berani namanya.. huhu

Next entry InshaAllah, saya akan cerita sikit pasal IMKK 2013

Tuesday, February 12, 2013

My first entry for 2013

Alhamdulillah. Aku masih di sini dan masih diberikan kesempatan oleh Tuhan untuk bernafas serta seterusnya dapat menikmati keindahan kehidupan ciptaanNya ini. Sedar tak sedar sudah hampir 6 bulan aku meninggalkan ruang peribadiku di sini rupanya. Sepanjang 6 bulan ini, terlalu banyak perkara telah ku lalui. Pahit dan manis, semuanya kutempuhi demi untuk meneruskan kehidupan. Dan Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku mampu menempuhinya. Syukur juga kerana TUhan mengurniakan aku suami dan anak2 yang amat memahamiku. Juga terima kasih kepada emak kerana bersabar dengan ku dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2nya.

Namun, biar apapun yang telah terjadi, aku tetap seperti aku yang dulu "I am an ordinary person who wish to live in an extraordinary life. I am still an employee of my employer. And of course a wife of my hubby Nuriasmadi, and a mother of Muhammad Dani Ismad, 6years old and Aqeela Izzdamia, 2years old".

Cuma bezanya untuk tahun ni, aku lebih bermatlamat. Lebih berani berimpian. InshaAllah, berkat menuntut ilmu, aku sudah nampak apa yang aku inginkan dalam hidup ini dengan lebih jelas dan terang. I am looking forward to maximized my potential through my part time business as an entrepreneur. I believe that i am a powerful money magnet. I wants to be loved and willing to gives love to others. My greatest gratitude is to Allah the Almighty. InshaAllah. 

Bermula hanya kerana menghadiri semnar percuma, akhirnya aku telah menemui satu sinar yang kupercaya, bahawa inilah yang kucari-cari selama ini. Ini lah yang aku perlukan selama ini yang dapat membawa aku ke satu peringkatt lagi dalam hidup ini. Terasa betapa ruginya diri kerana pada usiaku 32 tahun baru aku menemui seorang yang mampu ku panggil MENTOR..

 

Sunday, June 10, 2012

Permata hati, Pengarang jantung

My 10Th months gurl... Aqeela Izzdamia...Anugerah yang tak terhingga dariNya untuk aku sefamili.. Dia sangat comel, sangat keletah, sangat cerdik... Baru 10bulan, tapi dah berdiri2, dah berpaut2 mcm nak bjalan, tp gigi baru 2 batang... huhuhu... MAMA SAYANG QEELA... 

My 5 years old boy... Dani Ismad...Yang ni tetap HERO dihatiku.. semakin besar, semakin pandai dan semakin susah nak diaturkan sebab dia rase dia lebih pandai dari semua orang... MAMA SAYANG ABG DANI...

Here i come...

Assalamualaikum semua...


Aduh, terasa lamenye x menjengukkan muke kat dlm blog ni.. Dulu mase mula2 create blog ni tujuannye tuk sharekan pengalaman idup, sharekan tentang dirisendiri, famili, kerja & persekitaran.. Tapi disebabkan tuntutan2 lain yg diberi keutamaan, maka terpinggirlah sudah blog ni..


Tetapi, kini aku kembali dgn semangat waja..dengan azam supaya semangat ini akan berterusan selama yg boleh..InsyaAllah...

Monday, December 20, 2010

Morning Sickness

What causes morning sickness?

It’s thought that morning sickness happens because of the changes in your body, which can include higher levels of a hormone called oestrogen and a more sensitive sense of smell. It could even be set off by your emotional state or stress levels – so make sure you give yourself plenty of ‘me’ time!


How long will it last?

In most cases morning sickness stops by the end of the first trimester.


Are there any cures for morning sickness?
• Eat something plain and dry as soon as you wake up – ginger biscuits or crackers are perfect. Then if you can, rest for 20-30 minutes before getting out of bed.

• During the rest of the day try and eat little and often – a couple of bites are better than nothing. Keep snacks close at hand like dry biscuits or yoghurt.

• Foods high in protein or carbohydrates can help fight that sickness feeling, so try combining the two by eating a well cooked egg on toast.

• Drink lots of fluid – water, juice, milk, fruit teas, whatever you can stomach. Ginger ale or ginger tea is worth a try as it can settle your stomach and stop your morning sickness.

• Make sure you relax and take the stress out of your day! Talking with other mums-to-be who’ve experienced the same problem can be very useful.


 Thanks a lot for the useful article from http://www.dumex.com.my....

Saturday, December 11, 2010

Mampukah aku?

Salam,

Tertanya-tanya sendiri... Bersediakah aku? Bersedia kah aku menempuhi pengalaman itu sekali lagi... Bersediakah aku menerima kehadirannya... Bersediakah aku memikul tanggungjawab yg maha hebat itu? Bermacam-macam bende terlintas dipikiran... Berdosakah aku menidakkan ketentuanNya. Tidak! Aku bukan menolak anugerahNya ini malah sebenarnya aku amat bersyukur diberikan segala rahmatNya. Namun, jauh di sudut hati, aku teragak2 untuk menerima semua ini hanya kerana ketidaksediaan diriku. Memikirkan kekhilafan diri serta tanggungjawab yg sedia terpikul dibahu, ditambah pula cabaran kerjaya yg menuntut banyak pengorbanan membuatkan aku terkesima... Ya Allah... Mampukah aku?

Namun, aku percaya pada takdirNya. Segala yg terjadi pasti ada hikmahnya. Akan ku jaga anugerah ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Akan ku berikan yang terbaik dalam hidupnya. Segalanya akan ku terima dengan seikhlas hati.

Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur atas segala rahmat yg kau kurniakan kepada kami. Tabahkanlah hatiku dlm menempuhi segalanya.. Amin..

Thursday, December 9, 2010

My passion....

Due to my passion to some areas, i'm introducing my new blog for my online business. Feel free to visit http://aneezbizz.blogspot.com



Thank you in advance for the support!!!